Amerika Syarikat ialah sebuah negara di
Hemisfera Barat.Amerika Syarikat ialah negara ketiga atau keempat
terbesar di dunia dari segi keluasan, mengikuti atau diikuti oleh Republik Rakyat China, bergantung kepada pengiraan dua wilayah yang dipertikai oleh China dan India. Jika hanya merangkumi keluasan tanah, maka Amerika Syarikat diletakkan di tempat ketiga di belakang Rusia dan China, dan di hadapan Kanada.
[1] Tanah besar Amerika Syarikat terbentang dari
Lautan Atlantik ke
Lautan Pasifik dan dari Kanada ke Mexico dan
Teluk Mexico. Alaska ialah negeri terbesar dari segi keluasan yang terpisah dari tanah besar oleh Kanada dan mencapai Lautan Artik dan Pasifik. Hawaii adalah sebuah
kepulauan di Lautan Pasifik yang terletak di barat daya Amerika Utara. Komanwel
Puerto Rico, wilayah A.S. yang terbesar dan teramai penduduknya, terletak di timur laut Caribbean. Kecuali kawasan-kawasan jauh seperti wilayah
Guam dan bahagian-bahagian paling barat Alaska, hampir keseluruhan negara terletak di hemisfera barat.Dataran tepi pantai Atlantik dan kawasan pedalaman yang berdekatan dilitupi
hutan daun luruh dan bukit-bukit
Piedmont yang beralun.
Banjaran Appalachian memisahkan pantai timur daripada
Tasik-Tasik Besar dan padang rumput Midwest. Sungai
Mississippi-
Missouri, merupakan
sungai keempat terpanjang di dunia, mengalir dari utara ke selatan melalui tengah negara. Tanah prairi yang rata dan subur di
Dataran Besar terbentang ke barat.
Banjaran Rocky di tepi barat Dataran Besar terbentang dari utara ke selatan merentasi tanah besar Amerika Syarikat, mencapai altitud melebihi 14,000 kaki (4,300 m) di negeri
Colorado.
[2] Kawasan di barat Banjaran Rocky didominasi kawasan gurun seperti
Mojave dan
Lembangan Besar. Banjaran
Sierra Nevada terbentang selari dengan Banjaran Rocky, dan lebih berdekatan dengan pantai Pasifik. Pada ketinggian 20,320 kaki (6,194 m),
Gunung McKinley di Alaska ialah puncak yang tertinggi di seluruh kawasan A.S. Gunung berapi yang aktif banyak dijumpai di seluruh
Kepulauan Alexander dan
Kepulauan Aleut dan seluruh negeri Hawaii didirikan atas pulau-pulau gunung berapi tropika.
Gunung berapi super yang mendasari
Taman Negara Yellowstone di pergunungan Rocky memiliki ciri-ciri gunung berapi yang terbesar.
[3]Oleh sebab saiz besar Amerika Syarikat dan beraneka ciri-ciri geografinya, hampir setiap jenis iklim dirangkumi dalam lingkungan sempadannya. Iklimnya sederhana di kebanyakan tempat, tropika di Hawaii dan
Florida selatan, kutub di Alaska, separuh gersang di Dataran Besar di barat
meridian ke-100, gurun di Barat Daya, Mediterranean di kawasan pantai
California, dan gersang di Lembangan Besar. Cuaca ekstrem tidaklah jarang—negeri-negeri yang bersempadan dengan Teluk Mexico terdedah kepada hurikan dan kebanyakan puting beliung di dunia terjadi dalam tanah besar A.S.
[4] Namun begitu, iklim yang kebanyakannya sederhana, jarang berlakunya kemarau teruk di
kawasan pertanian utama, dan jarang berlakunya banjir teruk telah banyak membantu negara menjadi peneraju dunia dalam bidang pertanian.